Data KKM lebih tepat

0
341

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Data Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kadar jangkitan dan penularan Covid-19 adalah lebih tepat kerana membabitkan situasi semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, data yang dikeluarkan oleh sebuah agensi kajian JP Morgan hanya membabitkan ramalan jangkitan sahaja.

“Berbanding KKM ia adalah lebih bergantung kepada realiti dan setepat yang mungkin. Ia juga lebih baik berbanding dengan ramalan.

“Seperti kita jangka sebelum ini, minggu lalu adalah kemuncak dan kita sudah melakukan jangkaan itu,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

JP Morgan sebelum ini meramalkan, Malaysia ketika ini berada dalam fasa peningkatan kes jangkitan dan akan meningkat tinggi pada pertengahan bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here