DBKL pulangkan semula wang deposit peniaga bazar Ramadan

0
134

CYBERJAYA – Semua wang deposit peniaga bazar Ramadan yang mendaftar di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dipulangkan semula susulan keputusan kerajaan untuk membatalkannya bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau difahamkan keputusan itu telah dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

“Untuk Kuala Lumpur, DBKL akan memulangkan semua deposit melibatkan peniaga bazar Ramadan yang kita tidak benarkan beroperasi pada tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan melakukan sesuatu terhadap penganjur bazar Ramadan yang tidak mahu pulangkan semula wang deposit peniaga.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kebimbangan pekerja pembersihan yang hanya disediakan sarung tangan dan topeng muka ketika mengutip sampah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), katanya, pekerja terbabit tidak perlu memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) kecuali jika diarahkan membersihkan bilik mereka yang dikuarantinkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here