Doakan KRING! Berjaya di ICFF India

0
178

RAUDHAH CITY – Selepas memenangi Anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 (FIFH) di Lyon, Perancis pada Februari lalu, KRING! sekali lagi terpilih ke Festival Filem Kanak-Kanak Antarabangsa (ICFF) di India.

Menurut Pengarah Urusan Brainy Bones, Hilmi Ismail, festival tersebut sepatutnya berlangsung bulan ini namun ditunda berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara itu ketika ini.

Katanya, bagaimanapun beliau bersyukur kerana KRING! terus diterima oleh festival-festival filem di peringkat antarabangsa.

“Ini membuatkan kami lebih bermotivasi untuk teruskan KRING! Sebagai siri animasi televisyen.

“Kami berharap boleh memenangi anugerah yang kedua selepas FIFH, Lyon sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Hilmi menambah, ini merupakan pencalonan kali ketujuh selepas pertama kali menghantar pencalonan sejak 2018.

KRING! memaparkan watak Cikgu Suraya yang merupakan seorang guru sekolah berdedikasi tinggi dan setiap hari membantu muridnya di sekolah.   

Dalam filem pendek itu, Cikgu Suraya menghadapi cabaran membantu seorang muridnya yang mempunyai masalah dengan pembelajaran dan mempunyai imaginasi berbeza berbanding pelajar lain menerusi lukisan yang dihasilkannya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here