Doktor pakar hospital kerajaan bersama isteri, lima anak sembuh Covid-19

0
440

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif Covid-19, kini disahkan telah sembuh.

Sebelum ini, salah seorang ahli keluarganya pernah memuat naik video TikTok yang menyaksikan mereka sekeluarga sedang kuarantin dan berehat di hospital
dihujani sokongan warga maya supaya terus kuat dan diberi kesihatan baik berpanjangan.

Dalam perkongsian di Facebook Gold Amy Edriena memaklumkan dia berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila keluarganya kini bebas dari Covid-19.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. First of all Amy nak ucapkan jutaan terima kasih jazzakallahu khairan pada semua ahli kluarga dan sahabat-sahabat seluruh dunia yang mendoakan kami skeluarga.

“Berkat doa semua kami sekeluarga bebas Covid-19. Ya Allah tiada apa nak diungkapkan selain syukur pada Ilahi yang sudah menyembuhkan kami semua dari virus ini. Kami disatukan kembali sbg sebuah keluarga bebas Covid,” katanya.

Dalam perkongsian di Facebook Info Kesihatan Malaysia juga turut berkongsi rasa syukur terhadap keluarga doktor pakar itu.

Menurutnya, alhamdulilah, seorang doktor pakar, isteri dan lima anak mereka yang ditempatkan di wad pengasingan di HRPB Ipoh yang dijangkiti Covid-19 sejak 22 Mac lalu telah dibenarkan pulang.

“Keluarga doktor yang diuji ini, Dr Samsu Ambia Ismail merupakan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI) yang disahkan positif Covid-19 bersama ahli keluarganya yang lain termasuk isteri, Mazrieni Mahd Zaki, 39, dan lima orang anak, Erika Syamim, 18, Elisya Syamim, 15, Edrieda Syamim, 13, Eryna Syamim, 11 dan Eiman Syamim, 8 tahun,” kongsinya.

Sementara itu, dalam perbualan dengan Bernama di Twitter, Erika Syamim berkata, mereka disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian dan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“We have to (adhere) to strict quarantine. Food and raw materials will be sent to us by authorities,” katanya. (Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami).

Erika Syamim dan empat adiknya yang berusia antara 8 dan 15 tahun sebelum ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau berkongsi video TikTok mereka yang sedang dikuarantin di hospital.

Dalam pada itu, katanya, mereka sekeluarga kini dalam proses mencuci dan nyah kuman kediaman mereka.

“Sekarang kami luangkan masa as a healthy family (sebagai keluarga yang sihat) di rumah. And we also helping out there who are asking us about this disease (Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini),” jelasnya.

Erika Syamim berkata, selepas tamat kuarantin 14 hari di rumah, bapanya boleh kembali bertugas dan mereka boleh melakukan aktiviti normal sebagai sebuah keluarga. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here