Dr. Sheikh Muszaphar jadi penghantar makanan?

0
1347

CYBERJAYA – Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menjadi angkasawan pertama negara pada 2007 ‘bertukar’ bidang apabila menjadi penghantar makanan di sekitar ibu kota.

Melihat sekali imbas akaun Instagram miliknya, ramai yang beranggapan bahawa beliau bertukar bidang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung Covid-19.

Namun sebenarnya, beliau melakukan aktiviti itu bagi memenuhi permintaan pelanggan membuat pesanan makanan melalui Restoran Rebung yang terletak di Taman Botani, Kuala Lumpur.

Sebenarnya, jangan salah anggap. beliau berkongsi kisah bagaimana memulakan perniagaan restoran tersebut bersama rakan kongsinya, Cef Ismail.

Menurut Dr. Sheikh Muszaphar, restoran tersebut dibuka semula minggu lalu walaupun PKP sedang dilaksanakan ketika ini.

Beliau berkata, terdapat permintaan daripada pelanggan yang membuatkannya menghantar sendiri pesanan kepada pelanggan.

“Kami mula dibuka semula minggu lalu semasa PKP ini dan secara peribadi saya sendiri turun padang menghantar pesanan kepada pelanggan,” katanya.

Hantaran beliau yang dimuat naik sejak lima jam lalu mendapat lebih 50,000 tanda suka daripada pengikutnya. 

Beliau yang meminati makanan berkongsi kisah bagaimana mula menceburi bidang bersama cef Ismail sejak 2003 lagi.

Dr. Sheikh Muszaphar berkata, tidak ramai mengetahui beliau adalah rakan kongsi bersama Cef Ismail yang bermula pada tahun tersebut dan sejak itu perniagaan diceburinya berkembang.

“Saya masih teringat pukul 4 pagi pergi ke Pasar Borong Selayang membeli barangan basah segar setiap hari selama enam bulan ketika mula-mula membuka perniagaan itu.

“Saya juga teringat menghantar pesanan lemang, rendang dan dodol di awal pagi Hari Raya Aidilfitri kepada pelanggan kira-kira dua tahun lalu,” katanya.

Beliau bersyukur kerana selama 17 tahun Restoran Rebung beroperasi masih berdiri teguh dan memiliki 80 kakitangan bekerja di situ.

“Kami juga berjaya meraih banyak anugerah termasuk Anugerah Makanan Melayu Terbaik selama lima tahun berturut-turut,” katanya yang mengingati kembali kenangan bersama restoran itu.

Berikutan perniagaan yang mendapat sambutan, Dr. Sheikh Muszaphar berkata, operasi awal restoran itu di Taman Bangsar berpindah ke Taman Botani dua tahun yang mempunyai parkir kenderaan lima tingkat dan mampu memuatkan pelanggan sehingga 500 orang.

“Syukur Alhamdulillah. Rebung menyediakan makanan Melayu asli terutama masakan dari Negeri Sembilan,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here