Dua anggota keselamatan bantu tukar tayar dapat pujian

0
522

CYBERJAYA – Tugas barisan hadapan terutama pasukan keselamatan bukan sahaja memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi juga turut menghulurkan bantuan bagi pengguna jalan raya yang menghadapi masalah.

Ketika menghadapi pelbagai ragam pengguna jalan raya semasa sekatan jalan raya dilakukan, sifat prihatin pasukan keselamatan itu tidak dipinggirkan.

Perkara itu dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook Klinik Setia Taipan apabila tayar kereta milik seorang doktor klinik itu pancit di tengah jalan.

Berdasarkan gambar dikongsinya, tiga anggota keselamatan iaitu polis dan tentera membantu menukar tayar kenderaan tersebut.

Menurut hantaran Facebook klinik tersebut, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan itu kerana membantu menukar tayar kenderaan doktor tersebut.

“Terima kasih kepada anggota polis dan tentera kerana membantu doktor kami apabila dia memerlukan bantuan semasa dalam perjalanan ke klinik kami.

“Kita semua anak Malaysia. Anggota barisan hadapan membantu semasa anggotanya. Kami menyerahkan dua kotak topeng muka untuk digunakan mereka ketika bertugas di sekatan jalan raya,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, pihaknya juga mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berharap rakyat terus mematuhinya kerana pengorbanan anggota tentera menjalankan tugas tanpa mengira masa demi keselamatan orang ramai. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here