Duduk rumah, Raudhah Grocer hantar barang

0
237

RAUDHAH CITY – Pasar Raya BMF, Raudhah Grocer di Malakat Mall, Cyberjaya kini membuka semula tempahan yang dibuat secara talian untuk kemudahan pelanggan di kawasan sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, perkhidmatan penghantaran itu akan dibuat di sekitar Cyberjaya, Putrajaya, Puchong, Dengkil, Serdang, Kajang dan Bandar Baru Bangi.

“Insya-Allah kami akan berusaha memberi perkhidmatan penghantaran yang terbaik untuk anda semua.

“Untuk makluman para pelanggan, proses menambah barang-barangan masih berjalan berdasarkan stok yang dihantar kepada kami. Ini bagi memastikan segala barangan keperluan anda boleh diperolehi di Raudhah Grocer Online kami,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Coach Fadzil turut memohon doa dan sokongan daripada para pelanggan supaya pihaknya dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

“Untuk maklumat para pelanggan, tempoh penghataran barangan yang dibeli secara online ini ialah dalam masa 48 jam dari masa pembelian.

“Sila pastikan anda memasukkan nombor telefon dan alamat email yang betul untuk memastikan anda menerima order number anda selepas anda membuat bayaran,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, untuk tempoh masa ini penghantaran disediakan adalah percuma untuk setiap pembelian melebihi RM50 dalam satu tempahan yang sama.-MT

Mohd. Fadzil Hashim dihadapan Pasar Raya Raudhah Grocer yang akan dibuka kepada orang ramai sempena prapembukaan Malakat Mall di Raudhah City, Cyberjaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here