Dulu tegas, kini keras – Ismail Sabri

0
125

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua kali ini menyaksikan polis tidak lagi memberi nasihat tetapi mengambil tindakan keras terhadap mereka tidak mematuhi arahan itu.

Beliau berkata, sebelum ini pasukan keselamatan itu mengambil pendekatan berlembut, menasihati dan tegas semasa PKP fasa pertama dilakukan.

“Pada mulanya (PKP fasa pertama) polis ambil pendekatan berlembut dan menasihati serta bertukar kepada tegas. Kini mood pihak berkuaa itu adalah keras. Jadi, kita berharap rakyat terus mematuhinya,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya dekat sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 687 sekatan jalan raya dilakukan dengan pemeriksaan 380,342 kenderaan semalam di seluruh negara.

Katanya, sebanyak 3,791 permis telah diperiksa dengan 23,256 pemeriksaan mengejut telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa, semalam. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here