Elak rugi proses strawberi jadi aiskrim, jem dan kordial

0
258

CAMERON HIGHLANDS- Perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu turut menjejaskan pendapatan pengusaha kebun strawberi, di Taman Sedia, dekat Tanah Rata di Cameron Highlands.

Pengusaha YZ Agro Farm Zulkifli Zahari, 60, berkata, dia bersama tujuh lagi pengusaha di Taman Sedia, kehilangan punca pendapatan sejak PKP apabila buah strawberi tidak dapat dipasarkan kerana tiada pengunjung.

“Biasanya setiap tahun, pengusaha sediakan tiga musim utama strawberi bagi memenuhi permintaan pada cuti sekolah di mana mereka (pengunjung) boleh petik sendiri di kebun.

“Sekarang kebanyakan buah sudah masak ranum dan tidak dapat dipasarkan. Kami (pengusaha) terpaksa memikirkan cara untuk menyimpan strawberi berkenaan supaya tidak rosak,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Zulkifli berkata, dia menanam sebanyak 25,000 pokok strawberi yang boleh menghasilkan purata 1,000 kilogram (kg) buah setiap musim.

“Sekarang kami terpaksa simpan buah itu secara sejuk beku bagi mengelakkan ia busuk. Saya sudah mempunyai lebih 300 kg buah sejuk beku dan ruang simpanan juga sudah tiada,” katanya.

Katanya, strawberi sejuk beku boleh bertahan hingga enam bulan dan dijual RM7 setiap kg berbanding buah segar, RM30.

Zulkifli berkata, bagi mengelakkan kerugian, dia dan pekerjanya menjadikan strawberi sebagai jem, kordial dan aiskrim walaupun sebelum ini kami lebih menumpukan kepada jualan segar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here