Empat kertas siasatan dibuka berhubung kes warga Rohingya

0
103

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 19 laporan polis telah dibuat berhubung kes yang melibatkan warga Rohingya di negara ini.

“Semalam saya menyebut bahawa pihak polis akan melakukan siasatan terhadap kes-kes berkaitan Rohingya.

“Sehingga semalam, 19 laporan polis telah dibuat dan sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Semalam, Ismail Sabri menasihatkan orang ramai berhenti daripada terus memainkan isu berkaitan warga Rohingya yang berada di negara ini.

Menurutnya, isu itu mula ditimbulkan dan dihangatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas banyak video, audio dan berita berkaitan warga asing itu dibangkitkan dalam media sosial.

“Saya berasa hairan kerana kedatangan warga Rohingya ke negara kita bukan baharu tetapi sudah bertahun-tahun, sedangkan sebelum ini tidak ada isu dibangkitkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here