Empat kes baharu Covid-19 di China

0
188

Oleh SITI AZIELAH WAHI

SHANGHAI – China melaporkan empat kes jangkitan baharu Covid-19 semalam.

Angka itu susut berbanding 22 kes sehari sebelumnya, lapor Malaysia Gazette yang memetik laporan Agensi.

Menurut laporan tersebut, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu berkata, kesemua kes terbaharu itu adalah kes yang diimport.

Pada masa sama negara tanah besar itu juga merekodkan 33 kes jangkitan tanpa gejala, meningkat daripada 26 kes sehari sebelumnya.

Dengan ini, jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 82,862.

Sementara itu, setakat semalam, angka kematian akibat virus tersebut kekal 4,633 kes.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here