Enggan pakai topeng muka, warga emas ditembak mati

0
509
Gambar hiasan

MANILA – Seorang warga emas ditembak mati dalam pertengkaran dengan pihak polis Filipina selepas dilaporkan enggan mematuhi amalan pemakaian topeng muka.

Dalam kejadian di bandar selatan Nasipit, Wilayah Agusan del Norte itu, lelaki berusia 63 tahun yang dipercayai mabuk itu telah cuba menyerang polis dengan menggunakan sabit sebelum ditembak.

“Suspek diberi teguran kerana tidak memakai topeng tetapi dia naik marah, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyerang pihak berkuasa menggunakan sabit,” kata jurucakap polis.

Kes tersebut merupakan yang pertama melibatkan tindakan keras pihak berkuasa kerana melanggar arahan kerajaan dalam usaha pencegahan wabak Covid-19.

Pada Khamis lalu, kerajaan Filipina mengeluarkan arahan kepada orang awam agar memakai topeng perlindungan apabila keluar rumah sepanjang tempoh ‘lockdown’ selama sebulan.

Filipina setakat ini telah mencatat lebih 3,000 kes positif Covid-19, dengan 144 kematian. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here