‘Entry Permit’ untuk rakyat Malaysia yang mahu pulang

0
91
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Bagi mempermudahkan urusan di pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Link Kedua, Johor Bahru, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan mengeluarkan ‘Entry Permit’ untuk rakyat Malaysia yang berhasrat pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hendaklah membuat permohonan melalui e-mel sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh pulang.

Katanya, setakat ini, permohonan telah pun dibuka dan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga telah menerima 900 permohonan daripada rakyat Malaysia yang berada negara republik tersebut.

“Bagi memastikan proses kepulangan berjalan lancar, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Johor dan Jabatan Imigresen Malaysia telah membuat keputusan untuk menerima masuk 400 rakyat Malaysia sehari,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP, hari ini.

Ismail Sabri berkata, rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura juga akan dikenakan kuarantin wajib selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang telah diwartakan. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here