EZ Qurban lancar Prihatin Ummah

0
283

CYBERJAYA – EZ Qurban Sdn. Bhd., menjemput umat Islam menyertai Program Prihatin Ummah (PPU) 2020 yang akan dilaksanakan di 11 buah negara pada bulan Ramadan ini.

Program yang menyasarkan golongan pelarian, anak-anak yatim dan golongan daif miskin ini merupakan salah satu program perlaksanaan akikah khususnya untuk rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan ibadah akikah.

Antara negara yang terlibat dalam program ini adalah Kenya, Ethopia, Sri Lanka, Bangladesh, Laos, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia dan Kem Pelarian Rohingya di Myanmar.

Program itu juga tidak terhad kepada pasangan ibu bapa sahaja malahan datuk atau nenek yang berhajat terhadap cucunya juga boleh dilakukan.

Dengan kos penyertaan seekor kambing beharga RM580 agihan dilakukan kepada golongan sasaran disamping majlis berbuka puasa bersama mereka.

Menurut Pengurus EZ Qurban, Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin, PPU 2020 juga turut membuka tawaran kepada umum yang berminat menyumbang majlis berbuka puasa anak- anak yatim di sana.

“Pendaftaran dalam talian sudah dibuka dan tarikh tutup adalah pada 20 Mei ini.

“Orang ramai boleh menghubungi talian 013 238 6000 atau layari www.ezqurban.org/aqiqahramadan untuk pendaftaran dan pertanyaan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here