[GALERI] ‘Anda memerlukan, kami sampaikan’

0
111

ALOR SETAR – Komitmen sukarelawan yang menyertai misi Zero Hunger Malakat Mall sememangnya tidak dinafikan peranan mereka dalam menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Mereka yang secara sukarela menyertai Brainy Ranger Emegency Response Team (BERT) itu tidak mengeluh malah gembira kerana mencurah bakti dalam menyampaikan bantuan kepada golongan terbabit.

Pengarah Operasi BERT, Mohd. Fuad Rahim berkata, beliau melihat sukarelawan itu sangat gembira apabila dapat membantu orang yang dalam kesusahan.

“Apabila dapat masuk ke kampung mereka berpuas hati kerana menyerahkan sendiri bantuan daripada penderma kepada golongan terbabit.

“Melihat wajah mereka (sukarelawan) mereka sangat berpuas hati dengan program Zero Hunger ini,” katanya kepada Malakat Tribune.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here