Gardenia, Marrybrown taja makanan pelajar IPT pulang ke kampung

0
116

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Pihak swasta dialu-alukan untuk menyediakan tajaan dalam urusan penghantaran pelajar ke kampung halaman masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara tajaan yang diperlukan adalah seperti makanan.

“Ramai bertanya, bagaimana nak bersahur malam nanti sebab mereka (pelajar) tidak boleh membeli makanan sepanjang perjalanan.

“Mereka mungkin berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) untuk ke tandas tapi tak boleh berhenti untuk beli makanan.

“Jadi kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Syarikat Marrybrown dan Gardenia kerana memberi tajaan makanan bagi pelajar yang akan dihantar pulang malam ini dan esok,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, mana-mana pihak swasta yang berminat untuk menyalurkan sumbangan bolehlah menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here