‘Geng Kayangan’, berpijaklah di dunia nyata

0
152
GAMBAR HIASAN

TAHNIAH buat semua rakyat Malaysia, ya, anda semua, kerana berjaya membuktikan pada dunia bahawa wabak Covid-19 boleh dikawal dan disekat penularannya.

Namun, ini bukan pengakhiran perjuangan kita. Masih banyak yang perlu dilakukan demi membasmi wabak ini secara total.

Cakcibor pun duduk di rumah, dan antara tugas hakiki yang perlu Cakcibor buat adalah memantau media sosial.

Tersentap juga hati ini bila membaca luahan anggota perubatan mengenai satu golongan yang digelar ‘geng kayangan’ ini.

Sudahlah enggan beri kerjasama ketika disaring, siap gelar orang dengan macam-macam nama lagi. Uish, jahatnya mulut.

Apapun, Cakcibor tabik spring pada anggota berkenaan, kerana demi tugas, tanggung jawab tetap dilaksanakan dengan profesional.

Apa yang terjadi dalam masa PKP ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua supaya jangan terlalu terbuai dalam zon selesa.

Seperti ‘geng kayangan’ tu, sedar diri sikit. Kata la esok lusa lepas screening, terima result positif Covid-19, orang yang anda gelar dengan macam-macam nama tu la yang akan bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa anda.

Tak malu ke?

Dalam apa hal sekalipun, tempoh PKP ini bukan masanya untuk mencari seteru. Kita semua berdepan masalah yang hampir sama, penuh stress dan tekanan.

Sendiri mau ingatlah…

p/s Apa cerita PKP, sambung ke tak? Tunggu esok je lah, Perdana Menteri akan umumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here