Golongan B40, M40 yang naikkan mereka!

0
199

CYBERJAYA – Dalam perniagaan perlu ada kejujuran supaya rezeki diperoleh itu mendapat manfaat serta diberkati oleh-Nya.

Seorang pemilik akaun Facebook bernama Dang Anum berkongsi kisahnya bagaimana segelintir pihak mengambil kesempatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menaikkan harga demi mencari keuntungan segera.

Selain itu, dia juga terkilan dengan segelintir peniaga berjaya kerana melupakan pelanggan yang bukan golongan orang berada.

Berikut adalah catatannya:

Hari ini kita cerita lain sikit. Cerita pasal perniagaan dan riba.

Kes tengah hangat pasal ada kak itu beli stapler 6 kupang (60 sen), jual sampai RM80. Ramai laaa kawan-kawan warga maya yang marah kata dia ini zalim, makan riba dan sebagainya.

Aduh…kebetulan masa itu kak tu tengah kepanasan kena bakar dengan warga maya kita semua. Maka isu itu turut diketengahkan.

Macam ini, Dang Anum sependapat dengan Ilmuwan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP).

Sistur buat research (penyelidikan) tau, dan Sistur dapati Pejabat Mufti WP tu kata:

“Mengambil untung berlipat kali ganda dalam perniagaan adalah bukanlah sejenis riba dan diharuskan selagi mana tidak membawa kepada penindasan dan kezaliman. 

“Ini kerana keuntungan itu sendiri bersifat relatif dan tidak boleh dibandingkan secara mutlak dengan harga pasaran sebelum ditolak hasil jualan itu dengan perbelanjaan yang perlu ditanggung peniaga sebelum mendapatkan keuntungan bersih.

“Ini berbeza mengikut zaman, tempat dan jenis barang jualan itu sendiri. Namun, kami juga ingin berpesan agar para peniaga agar memperbanyakkan sedekah bagi menyucikan harta yang diperoleh, seperti makna sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:  “Wahai para peniaga! Sesungguhnya syaitan dan dosa itu hadir dalam aktiviti jual beli. Maka sucikanlah jual beli kamu dengan bersedekah.”

Riwayat al-Tirmidhi (no.1208) daripada Qays bin Abi Gharazah RA, dengan sanad Hasan sahih’.

Haaaaaaa maksudnya.. jika tiada penindasan dan kezaliman, tak apalah. Keuntungan tu harapnya akak itu tadi guna untuk bayar zakat perniagaan dan membantu golongan miskin.

Ye la, kena kira kos pos, kos letak nama dia situ, harga branding dia, kos pembungkusan, kos sewa warehouse, haaa mana kita tahu kos sebenar dia berapa..jadi jangan kita over sangat nak marah pun, biar berpada-pada.

Sistur pun meluat juga cara dia kata secara tak langsung B40 ini tiada sumbangan kepada ekonomi. Mungkin dia pikir pelanggan dia semua have-have (golongan berada).

Bagi Sistur, yang have have tak beli dah barang dia, nuuuuuhhh depa beli LV, Channel, Dior, Versace la kot… dan ntah apa-nama nama sistur tak tahu nak sebut.

Ok lah… Apa yang Dang Anum nak smpaikan ialah kita marah pada perbuatan dia yang tidak menghargai sumbangan golongan B40 kepada ekonomi negara dan kesan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kepada B40 dan M40 secara keseluruhannya.

Ye la, dia anak orang kaya, mana nak faham erti kesusahan. Definisi Miskin bagi dia mungkin tidak cukup 100,000 dalam akaun dah miskin.

Miskin kita-kita ini, tiada RM50 dah susah dah…mcm tu lah.

Tapi, kita kena juga terima walau pahit ditelan, Kak ini pandai niaga. kalau dia tak pandai, dia tak ada la ditempat dia sekarang.

Betul la bapa dia kaya, takkan bapa dia beranak terus kaya. Tentu dengan berniaga. Takkan bapa dia tak ajar anak dia macam mana nak kaya?

Haaa macam itulah..Yang baik kita contohi…Yang busuk kita korek buang.

Bab Universiti itu, biarlah yang cerdik pandai selesaikan, sebab Dang Anum dengar dia declare (Isytihar) rugi 10 juta. ‘Tudiaaaa’ kalau Sistur dah lama Sistur angkat bendera putih, dia tak..masih berjuang dalam bisnes. Itu bezanya.

Kroni tak kroni Sistur tak mahu sebut, tak nampak di mata jangan tuduh, jatuh fitnah nanti rugi aje kerja amal kita selama ini,

Sebut pasal kerja amal, hari ni apa sedekah kita? Macam-macam cara nak sedekah, cuba amalkan setiap hari, bersedekah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here