Hadapi Covid-19 dengan norma-norma baharu kehidupan

0
160
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Rakyat negara ini perlu bersedia menghadapi Covid-19 untuk satu tempoh yang lebih panjang kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semata-mata tidak menghapuskan virus berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, walaupun negara kini memasuki fasa pemulihan selepas berjaya meratakan lengkungan kes, orang ramai masih perlu menerapkan norma baharu dalam kehidupan.

“Seperti yang Kementerian Kesihatan (KKM) tekankan selama ini, perjuangan kita menentang Covid-19, iaitu musuh yang tidak kelihatan ini masih panjang dan usaha kita perlu berterusan.

“KKM akan meneruskan aktiviti-aktiviti pembendungan dan pengawalan. Namun begitu, penglibatan aktif rakyat adalah amat penting sekali,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kejayaan dan pencapaian melandaikan lengkung dan mengawal penularan virus Covid-19 adalah hasil kerjasama rakyat dan kerajaan.

Justeru, norma kehidupan baharu perlu diterapkan di semua peringkat masyarakat agar ia menjadi amalan masyarakat.

“Dua tindakan yang telah dan perlu terus diambil oleh penduduk Malaysia adalah dengan meneruskan amalan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu meter dan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here