‘Hantu pocong’ kawal kampung

0
335

CYBERJAYA – Sebuah kampung di Pulau Jawa menggunakan elemen mistik dalam memastikan orang ramai tetap tinggal di rumah terutamanya pada waktu malam.

Menurut laporan portal South China Morning Post (SCMP), kampung tersebut menggunakan ‘hantu pocong’ bagi menakutkan orang ramai yang masih melanggar arahan untuk tidak keluar rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sesiapa sahaja yang melalui Kampung Kepuh, pasti akan terserempak dengan lembaga putih berkelubung melompat-lompat di pinggir jalan.

“Kami memilih cara ini kerana masyarakat masih percayakan elemen mistik.

“Kaedah ini memang tidak konvensional, tetapi dengan membangkitkan rasa takut, mereka akan kurang keluar dan lebih duduk di rumah,” kata Anjar Pancaningtyas yang mengetuai sekumpulan anak muda yang menyamar menjadi hantu pocong di kampung berkenaan.

Kata Anjar lagi, inisiatif yang tidak konvensional ini turut dikoordinasi bersama pihak polis di daerah berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here