‘Hanya yang terperangkap di kampung sebelum PKP dilaksanakan’

0
125

CYBERJAYA – Kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah terbaik untuk mengatur rakyat yang terperangkap di kampung sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan pulang semula ke kediaman masing-masing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan satu kali perjalanan bagi tujuan itu.

Jelas beliau, kebenaran itu hanya diberikan kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP pertama. 

“Pergerakan ini tentunya akan melibatkan jumlah yang besar. Oleh itu, kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengatur pergerakan itu. 

“Adalah penting untuk pihak polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau di hentian-hentian di lebuh raya,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas sebentar tadi.

Tambah beliau, mereka juga perlu memastikan kesihatan yang baik dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan. 

“Butiran terperinci mengenai perkara ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat,” ujar beliau. – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here