
Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
NEW YORK – Kejatuhan mendadak terhadap permintaan minyak di seluruh dunia menyaksikan harga minyak Amerika Syarikat (AS) jatuh di bawah paras sifar.
Memetik laporan The Eonomist, penanda aras utama minyak AS iaitu West Texas Intermediate (WTI), berada pada tahap negatif AS$37.63 setong.
Keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia sekali gus memberi kesan kepada ekonomi global dan permintaan terhadap minyak jatuh mendadak.
Pada 12 April lalu, Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya bersetuju untuk mengurangkan 9.7 juta tong sehari dari pasaran pada bulan Mei dan Jun, satu rekod dan setara dengan kira-kira 10% bekalan global.
Malah Agensi Tenaga Antarabangsa menjangkakan permintaan akan merosot 29 juta tong sehari pada bulan ini.