Harga RON95, RON97 kekal, harga diesel turun

0
69

CYBERJAYA – Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada harga RM1.25 dan RM1.55 seliter bagi tempoh esok hingga 1 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel pula turun tiga sen seliter kepada RM1.40 seliter berbanding RM1.43 seliter.

Menurutnya, harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” ujarnya-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here