Harimau Malaya di Amerika disahkan positif Covid-19

0
231
Seekor harimau spesis Harimau Malaya disahkan positif Covid-19

NEW YORK – Seekor harimau spesis Harimau Malaya yang ditempatkan di Zoo Bronx di sini disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Memetik laporan CNBC, Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar Zoo Bronx dalam satu kenyataan berkata, harimau berusia empat tahun itu yang diberi nama Nadia menunjukkan gejala batuk kering sejak 27 Mac lalu.

Menurut kenyataan itu, pengesahan tersebut dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan dan berdasarkan laporan Kementerian Pertanian Amerika Syarikat kes jangkitan Covid-19 itu merupakan yang pertama dilaporkan di negara itu.

“Walaupun harimau-harimau di sini telah menunjukkan gejala hilang selera makan, setakat ini mereka berada dalam keadaan baik.

“Sehingga kini pihak kami tidak dapat menjangkakan bagaimana virus tersebut akan memberi kesan kepada harimau berkenaan kerana setiap spesis bertindak berlainan apabila diserang penyakit. Namun begitu kami akan terus memantau perkembangan ini,” kata kenyataan itu.

Haiwan liar itu dipercayai positif wabak tersebut selepas salah seorang pekerja zoo berkenaan dijangkiti Covid-19.

Sebelum ini, Zoo Bronx ditutup kepada orang ramai sejak 16 Mac lalu berikutan penularan Covid-19 di New York.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here