Hasil Careline beroperasi 1, 2 Mei untuk pertanyaan GKP

0
2783

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) membuka talian Hasil Care Line (HCL) bagi memudahkan para pelanggannya yang ingin bertanyakan mengenai Geran Khas Prihatin (GKP) untuk syarikat mikro perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

LHDNM dalam kenyataan di sini berkata, GKP yang diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu inisiatif bagi membantu syarikat PKS mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah kenyataan itu, geran khas sebanyak RM3,000 itu disediakan di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka akan memanfaatkan kira-kira 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

“Sistem permohonan GKP akan dibuka kepada orang awam pada 1 Mei  ini mulai pukul 9.00 pagi. 

“ Sehubungan itu HCL yang mengendalikan talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) akan beroperasi seperti biasa pada 1 dan 2 Mei ini dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang bagi menjawab sebarang pertanyaan berkaitan GKP,” katanya.

Tambah kenyataan itu, orang ramai juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan GKP kepada LHDNM melalui Hasil Live Chat.

Selain itu LHDNM  turut menyertakan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Mereka juga boleh bertanyakan dalam media sosial rasmi LHDNM iaitu akaun Facebook https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter https://twitter.com/LHDNMofficial .

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan Soalan Lazim (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here