Hayib.com bakal kukuhkan ekonomi Islam, BMF

0
302

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Hayib.com bakal menjadi “Muslim Friendly Marketplace” di mana berperanan sebagai platform pertama memasarkan produk Muslim secara dalam talian.

Pejuang ekonomi, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pelanggan boleh mendapatkan produk-produk Muslim dengan mudah dan tidak perlu risau mengenai statusnya kerana segala produk yang dipromosikan dalam platform itu dijamin halal.

Menurutnya, selain pusat beli belah Malakat Mall, Hayib.com bukah sahaja dapat membantu mengukuhkan ekonomi Islam di Malaysia malah di peringkat global.

“Setiap satu peratus transaksi yang berlaku di
https://hayib.com akan disumbangkan kepada ‘Ummah Fund’ dalam usaha berkongsi keuntungan dengan komuniti setempat.

“Kami akan memfokuskan kepada barangan keperluan harian dan bulanan. Bayangkan jika satu keluarga berbelanja sebulan RM1,000 untuk keperluan isi rumah, dan sejuta Muslim di Malaysia menggunakan Hayib.com, maka ia akan menghasilkan jualan sebanyak RM1 billion oleh peniaga Islam,” kongsinya.

Pengasas Malakat Mall itu berkata, pihaknya turut memperkenalkan bahagian ‘food suppliers’ yang mengumpulkan semua pembekal bahan mentah untuk disediakan kepada peniaga perniagaan makanan.

Jelasnya, pembekal itu termasuklah penternak, petani, peladang yang boleh menyalurkan bahan makanan seperti ayam, ikan, sayur dan buahan dengan harga borong.

“Hasilnya, kita dapat mengawal ekonomi makanan bermula dari ladang sehingga ke meja makan. Semuanya hasil tangan orang Islam.

“Sistem jual beli yang beretika juga digunakan selain mengikut ajaran Islam,” katanya.

Sebelum itu, beliau turut mempersoalkan
mengapa tiada syarikat milik Muslim yang menjalankan platform seperti itu.

Jelasnya, Lazada adalah syarikat milik China, Shopee adalah milik syarikat Singapura dan mendapat suntikan pelaburan daripada Khazanah.

Katanya, jadilah antara mereka yang terawal berniaga di platform itu demi mewujudkan ekosistem ekonomi Islam yang baharu. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here