HCL Bangi ditutup untuk kerja sanitasi

0
90

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) menutup Premis Hasil Care Line (HCL) di Bangi, Selangor esok bagi tujuan kerja-kerja sanitasi dan pembersihan premis.

Menurut kenyataan agensi itu, dalam tempoh penutupan sementara itu, operasi HCL akan dibantu oleh Hasil Recovery Call Centre (HRCC) yang terletak di Kuching, Sarawak.

“Akan tetapi kelewatan dalam melayani setiap panggilan adalah dijangka dan LHDNM memohon maaf atas sebarang kesulitan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Tambah kenyataan itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan isu-isu percukaian dan perkara berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui talian 03-8911 1000 atau mengemukakan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

“Selain itu, pertanyaaan juga boleh dikemukakan melalui media sosial rasmi LHDNM iaitu Facebook https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter https://twitter.com/LHDNMofficial,” kata kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here