Hendak masak apa tengah hari ini? Jom cuba Kambing Masak Kurma

0
258

CYBERJAYA – Golongan suri rumah sudah pasti mencari apakah menu yang boleh dihidangkan untuk seisi keluarga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Bagi mencari kelainan dalam menu masakan, apa kata boleh mencuba menu Kambing Masak Kurma.

Berikut adalah cara masakan yang dikongsi pemilik akaun Facebook Azizi Satar:

Kambing Masak Kurma
Bahan-Bahan:
500 gram (gm) Daging Kambing
80 gm rempah kurma
600 ml santan
70 ml susu cair
500 ml air
Garam secukup rasa
Bahan Tumis
• 2 ulas bawang putih
• 3 ulas bawang merah
• 2 cm halia
• 1 batang serai
• 1 helai daun pandan
• 1 batang kulit kayu manis
• 3 kuntum bunga lawang
• 5 kuntum bunga cengkih
• 6 biji buah pelaga
• Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:
• 1 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 3 cm halia
• 50 gm buah badam
• 50 gm buah keras

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga kekuningan

2. Masukkan daging kambing diikuti bahan kisar. Gaul rata dan biarkan selama 5 minit.

3. Masukkan rempah kurma dan air. Biarkan mendidih sehingga daging kambing empuk.

4. Masukkan santan dan susu cair. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi.

5. Perasakan dengan garam secukupnya.

6. Angkat, hias dan hidangkan.

Nota : Lain-lain ikut kreativiti anda. Tukang masak mana cerita habis rahsia masakan dia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here