‘Hentikan kaut keuntungan bawa masuk pendatang asing’

0
918

CYBERJAYA – Kerajaan perlu memperketatkan proses kemasukan warga asing melalui kawalan di sempadan dan imigresen bagi mengelakkan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, pihak berkuasa tidak membiarkan mana-mana syarikat mengambil seberapa jumlah pekerja asing sewenang-wenangnya.

“Namun, kita mahu segala manipulasi orang politik yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan membawa masuk pendatang asing ke dalam negara dihentikan segera. 

“Walau bagaimanapun, saya berpendirian bahawa isu lambakan pendatang asing memerlukan pengurusan yang sangat teliti antaranya elemen kemanusiaan dan kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aminuddin menambah, bagi yang dilindungi bawah agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pula, mereka perlu diusahakan agar segera dipulangkan ke negara masing-masing.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan kes pendatang haram yang masuk secara tidak sah. 

Menurut beliau, bukan itu sahaja, turut berlaku penipuan kad pengenalan membabitkan pihak-pihak tertentu yang tidak ketahui.

“Isu penipuan kad pengenalan dalam kalangan pendatang asing ini adalah sesuatu yang serius selain kegiatan lain sebagaimana melibatkan pendatang asing China seperti sindiket dadah, perjudian, penipuan pelaburan, penipuan pelaburan dan sebagainya. 

“Kerajaan perlu bertindak tegas dan segera. Ini adalah isu nasional yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara,” tegasnya.

Beliau berkata, belum selesai isu lambakan warga China, timbul pula isu berkaitan kemasukan pelarian etnik Rohingya ke negara ini yang mencetuskan kegusaran rakyat. 

“Sebagai sebuah negara Islam, memanglah secara umumnya kita wajib membantu mana-mana saudara Muslim lain yang berada dalam kesusahan tidak kira di mana mereka berada. 

“Tetapi, bantuan ini bukan bermakna boleh menggugat keselamatan negara dan kebajikan rakyat negara sendiri,” ujar beliau.

Aminuddin berharap supaya pihak berwajib mengambil serius masalah berkaitan PATI ini supaya tidak timbul lebih banyak masalah yang akan membebankan negara. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here