Hidupan liar kembali dijual di China

0
307
Hidupan liar dikesan masih dijual pasar di China selepas negara itu mengisytiharkan kemenangan melawan Covid-19. Foto hiasan.

BEIJING – Hidupan liar dikesan masih dijual di pasar yang dibuka semula di China, selepas negara itu mengisytiharkan kemenangan melawan Covid-19.

Memetik laporan Agensi, hasil tinjauan wartawan mendapati haiwan seperti anjing dan kucing dikesan berada dalam sangkar serta sedia untuk disembelih di pasar makanan China yang biasanya dikenali sebagai pasar basah.

Pada Januari lalu, China mengarahkan semua pasar basah ditutup selepas kajian mendapati koronavirus dikesan berjangkit daripada haiwan kepada manusia iaitu menerusi kelawar dan beberapa jenis haiwan lain yang dijual di situ.

Bagaimanapun, menurut wartawan Daily Mail, kini pasar berkenaan di beberapa daerah dikesan beroperasi semula seperti biasa.

“Pasar basah kembali beroperasi sama seperti sebelum pandemik itu berlaku, cuma sekarang ada pengawal keselamatan melarang sesiapa yang mengambil gambar,” katanya.

Seorang lagi wartawan di Guilin merakamkan gambar kelawar, ular, labah-labah, cicak dan kala jengking dijual secara terbuka, yang sudah lama menjadi sebahagian menu masyarakat China kerana dipercayai mampu merawat sesetengah penyakit.

Imej yang dirakam itu berlegar dalam media sosial, sekali gus membuktikan ia adalah perkara biasa, malah seorang pengacara CNBC turut memuat naik video gerai menjual kala jengking.

Meskipun China mendakwa mereka sudah berjaya melawan Covid-19, perkara itu dipertikaikan ramai pihak kerana statistik jangkitan sebenar yang dikeluarkan Parti Komunis China didakwa meragukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here