Hikmah di sebalik Covid-19 dan ‘tumpasnya’ PATI

0
3569
Warganegara asing yang cuba mengawal perniagaan di pasar borong mencetuskan kemarahan bamyak pihak

ESOK seluruh negara akan menyambung fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sedar tak sedar hampir dua bulan kita semua perlu tinggal di rumah dengan dihadkan perjalanan sekitar 10 kilometer sahaja.

Sepanjang tempoh PKP dan wabak Covid-19 menyerang Malaysia dan dunia pelbagai kisah, cerita, peristiwa serta catatan direkodkan. Ada cerita suka dan ada juga kisah duka.

Pada awal bulan lalu, beberapa media antarabangsa melihat penularan wabak ini sebagai ‘silver lining’ atau mempunyai hikmah di sebalik musibah.

Antara hikmah yang dapat dilihat sewaktu krisis ini ialah ramai yang mula mengamalkan kebersihan diri dengan mengikut saranan membasuh tangan, tidak bersin atau batuk mengikut suka hati dan meludah merata-rata.

Malah, bumi yang menjadi tempat tinggal kita juga menjadi semakin bersih. Sungai semakin jernih, langit cerah kebiru-biruan dan laut juga sudah kurang tercemar dengan pelbagai bahan sisa buangan.

Tangkap layar yang menunjukkan Gunung Himalaya kelihantan dengan cantik disebabkan tiada pencemaran udara akibat perintah berkurung di Punjab

Udara yang dihirup setiap hari juga semakin bersih, berdasarkan laporan indeks udara Jabatan Alam Sekitar seluruh kawasan di Malaysia menunjukkan kualiti udara yang bagus kecuali Klang yang mencatatkan bacaan sederhana.

Semua ini antara hikmah daripada langkah melaksanakan PKP.

Tetapi sejak beberapa hari lalu satu lagi hikmah besar dapat dilihat disebabkan Covid-19. ‘Tumpasnya’ warga asing atau pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membuat sesuka hati di Malaysia.

Jika sebelum ini ramai yang sudah seperti ‘berputus asa’ apabila melihat PATI ini sangat bermaharajalela mengawal aktiviti perniagaan terutamanya di pasar borong di Lembah Klang namun dengan pelaksanaan PKP dan asbab Covid-19, semua masalah PATI ini dapat diselesaikan.

Sebelum ini banyak gerai-gerai haram milik mereka dibina sehinggakan ramai melihat golongan ini seperti tidak boleh disentuh.

Warga asing yang menyembelih haiwan di kaki lima jalan membuatkan orang ramai tidak selesa

Lebih menimbulkan kemarahan banyak pihak apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diharapkan mengatasi masalah ini pun tidak boleh diharap.

Secara tiba-tiba apabila muncul wabak Covid-19 dan PKP boleh pula PBT pergi beramai-ramai meruntuhkan binaan haram yang dibina golongan ini.

Timbul persoalan kenapa sekarang boleh buat tapi dahulu tidak boleh? Apa masalahnya? Adakah penguatkuasa-penguatkuasa ini memerlukan kaca mata tambahan untuk melihat kebobrokan ini.

Lembu yang ditambat di kali lima kedai membuatkan orang ramai tidak selesa

Penulis faham mengenai hujah dan sentimen agama serta kepayahan mereka yang akan digunakan bagi membela golongan ini tapi ia bukan tiket untuk membenarkan mereka bermaharajalela melanggar undang-undang negara.

Tidak cukup dengan itu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikuatkuasakan ada segelintir daripada mereka yang dengan berani memotong pagar dan cuba melarikan diri.

Tanpa mengira bulan Ramadan, sekumpulan warga asing dan rakyat tempatan dengan berani melakukan aktiviti pelacuran di sebuah hotel di ibu negara

Itu belum lagi video-video tular yang menunjukkan mereka dengan berani mencabar dan memaki hamun rakyat tempatan. Jika tidak disekat dari sekarang penulis sangat bimbang jika orang awam yang akan mengambil tindakan nanti.

Sekarang adalah waktu terbaik untuk kerajaan mengumpul dan menghantar PATI ini tidak kira sama ada warga Rohingya, Bangladesh, Indonesia, China atau dari negara mana sekali pun. Jangan biarkan masalah dan peninggalan lama mereka bermula semula selepas semuanya berjaya dibersihkan.

Haria PATI haria!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here