Hikmah di sebalik kluster tabligh

0
580

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – “Hari ini baru kita nampak kenapa Allah datangkan ‘kluster tabligh’ kepada kita semua. Betapa jujur dan ikhlasnya jemaah tabligh dalam isu Covid-19.”

Demikian perkongsian seorang warga maya, Mohd. Fikri Mohd. Kasim dalam akaun Facebook miliknya.

Dia berkongsi cerita di mana ribuan mereka melakukan ujian, beratus orang positif.

“Tapi sepanjang saya mengikuti perkembangan jemaah ini, belum ada lagi saya baca status dari jemaah ‘complain’ tempat kuarantin tidak selesa, tidak bersih, tidak diberi layanan baik.

“Bahkan ramai rakan-rakan doktor sangat senang dengan mereka, sangat patuh beri kerjasama. Bukan itu sahaja sepanjang mereka berada di wad, di pusat kuarantin boleh dengar laungan azan, boleh dengar bacaan al-Quran, boleh dengar bacaan Taalim,” kongsinya.

Mohd. Fikri menulis, ada yang mula rindu dengan jemaah tabligh.

Katanya, hari ini juga kluster dari luar negara juga muncul pula.

“Belum seminggu lagi, tapi macam-macam dah saya baca. Tempat kuarantin tidak bersihlah, tidak kemaslah, nak hotel selesalah. Staff KKM (Kementerian Kesihatan) muka ketatlah. Macam-macam dah diorang ‘demand’.

“Sedangkan dalam kalangan jemaah tabligh itu. Bukan orang biasa-biasa. Jutawan, ada jawatan tinggi dalam jabatan, pensyarah, doktor, petani yang ada ladang ribu-ribu ekar. Tapi mereka sikit pun tak ‘demand’,” katanya lagi.

Bahkan jelasnya, terdapat juga dalam kalangan mereka yang menyumbang kepada tabung Covid-19 ratusan ribu ringgit.

“Ada di antara mereka sehingga ke hari ini tidak putus-putus bantu ‘frontliner’.

“Apa formula jemaah tabligh ini? apa faedah yang mereka dapat setelah sekian lama ikut jemaah tabligh? tegasnya lagi.

Beliau turut berkongsi, sebenarnya mereka sekarang belajar, “kami dengar kami taat.”
“Kami korbankan masa, diri, harta untuk Allah”

“Inilah jemaah tabligh yang patut saya dan kalian tahu. Mereka sedang diuji, dan kita juga sedang diuji. Cuma beza mereka dengan kaki ‘complain’ adalah; taat, tidak diajar untuk ‘complain’, diajar untuk bersyukur, diajar untuk taat pemerintah, diajar untuk berbuat baik kepada orang lain, diajar untuk berterima kasih, diajar mengaku salah, diajar selesaikan masalah dengan amalan.

“Moga kita terus belajar dari mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here