Hina Permaisuri Agong : Firdaus Wong harap Wisma Putra bertindak

0
914

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong meminta Wisma Putra membuat aduan rasmi kepada kerajaan Australia susulan satu ciapan seorang pengguna akaun Twitter dengan nama ‘Imam of Peace’ dari negara itu memfitnah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi satu hantaran dalam laman Instagram miliknya, Firdaus mengutuk tindakan ‘Imam of Peace’ kerana menghina Raja Permaisuri Agong dengan mengatakan Tuanku wanita paling hipokrit di Asia.

“Lihat betapa celuparnya dia memfitnah. Dia bukan seorang imam apatah lagi ulama Islam. Di Barat trend penipu sebegini semakin meningkat.

“Dia seorang penipu dan jahil diangkat sebagai imam dan jurucakap Islam tetapi tidak layak,” tegasnya.

Bagi Setiausaha Majlis Ulama Isma, Dr. Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran aplikasi Telegram berkata, ciapan twitter itu adalah fitnah yang jahat.

“Apa yang lebih menyedihkan, Imam ini turut memperjuangkan hak hubungan sejenis. Lebih parah lagi dia menuduh ada rakyat Malaysia yang terbunuh melalui hukuman syariah di negara ini,” katanya.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai akaun twitter, melaporkan kesalahan itu.

Sementara itu, ciapan yang dibuat lelaki itu mendapat respon ramai pengguna Twitter warga Malaysia yang menuntut dia memohon maaf selain turut melaporkan akaun tersebut.

Melalui hantaran Facebook pula, lelaki itu akhirnya memohon maaf kerana tidak tahan diserang ‘tentera bawang’ dari Malaysia.

“Saya telah diserang oleh rakyat Malaysia (dari tentera bawang?). Dan kini saya berada di hospital. Saya minta maaf kerana bersikap kurang ajar terhadap permaisuri anda. Saya cintakan Malaysia. Tolong maafkan saya. Ibu saya tidak hijau,” kata lelaki tersebut melalui Facebook miliknya, Imam Tawhidi Facts. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here