India negara ketiga di dunia belanja paling banyak untuk ketenteraan

0
233
Ketegangan hubungan dengan Pakistan dikata menjadi pencetus peningkatan perbelanjaan India dalam ketenteraan.

NEW DELHI – India merupakan negara ketiga di dunia yang memperuntukkan perbelanjaan ketenteraan paling tinggi pada 2019 selepas Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut data Institut Keamanan dan Penyelidikan Antarabangsa Stockholm (SIPRI).

Jumlah perbelanjaan ketenteraan global melebihi RM7.98 trilion (AS1.9 trilion) meningkat 3.6 peratus berbanding 2018, pertumbuhan perbelanjaan tahunan terbesar sejak sedekad, kata SIPRI dipetik Bernama.

AS, China, India, Rusia dan Arab Saudi menyumbang 62 peratus kepada perbelanjaan itu.

China membelanjakan US$261 bilion, meningkat 5.1 peratus manakala India US$71.1 bilion iaitu 6.8 peratus, berbanding 2018.

“Ketegangan dengan Pakistan dan China antara pendorong utama peningkatan perbelanjaan ketenteraannya,” kata penyelidik kanan SIPRI Siemon T. Wezeman.

Negara Asia lain yang juga menunjukkan peningkatan perbelanjaan ketenteraan antaranya Jepun sebanyak US$47.6 bilion dan Korea Selatan bernilai US$43.9 bilion.

AS menyumbang 38 peratus daripada perbelanjaan ketenteraan global, meningkat sebanyak 5.3 peratus kepada US$732 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here