Individu muflis, disenarai hitam layak mohon BPN

0
173

CYBERJAYA – Berita baik bagi golongan berstatus muflis dan disenarai hitam, mereka boleh membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) bermula esok.

LHDNM dalam kenyataan di sini berkata, kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar pandangan rakyat dalam memastikan BPN dinikmati oleh semua penerima yang layak dan tiada tertinggal.

“Mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui www.hasil.gov.my atau pautan pantas http://bpn.hasil.gov.my/ .

“Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan,” katanya kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, bagi permohonan yang lulus bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Kerajaan berharap BPN ini benar-benar dapat membantu semua golongan rakyat yang memerlukannya dan ia dibelanjakan secara berhemah,” ujar kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here