Individu sebar video Tambak Johor dirempuh dikenal pasti

0
185

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti individu yang menyebar video rempuhan di Tambak Johor yang mengaitkan keadaan itu sebagai suasana panik orang ramai memasuki negara ini dari Singapura.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan akan diambil ke atas individu tidak bertanggungjawab atas kesalahan menyebar berita palsu.

“Pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memandang serius perkara ini kerana telah menyebabkan perasaan bimbang terutama kepada rakyat Johor mengenai kemasukan beramai-ramai.

“Tiada siapa yang terkecuali dan lebih tinggi daripada undang-undang. Sesiapa yang terlibat dalam kes penyebaran berita palsu walau apa kedudukan mereka sekalipun akan diambil tindakan,” katanya dalam sidang media kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata, video yang tular itu telah dinafikan oleh Jabatan Imigresen dan ia adalah situasi latihan pencegahan kebakaran yang telah dilaksanakan oleh Bomba pada 18 Disember 2018.

Mengulas lanjut mengenai berita palsu, Ismail Sabri berkata, polis dan SKMM membuka 207 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 23 kes sudah didakwa di mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here