Indonesia di belakang Singapura jumlah kes positif Covid-19 di ASEAN

0
406
Jumlah positif Covid-19 di Indonesia terus bertambah apabila mencatatkan 327 lagi kes baharu hari ini

JAKARTA – Indonesia mencatatkan 327 lagi kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan kumulatif wabak penyakit itu meningkat kepada 6,575 kes hari ini.

Memetik laporan Channel News Asia menerusi kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Achmad Yurianto, sebanyak 47 kes kematian baharu akibat wabak tersebut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 582 kematian setakat ini.

Kelmarin, jumlah jangkitan positif Covid-19 di Indonesia melebihi Filipina dan mencatatkan jangkitan paling tinggi di rantau Asia Tenggara manakala angka kematian di negara itu pula merupakan kedua tertinggi di Asia selepas China.

Namun begitu, jumlah tertinggi jangkitan positif wabak tersebut hari ini diambil alih Singapura yang mencatatkan sebanyak 6,588 kes manakala Filipina berada di tangga ketiga jumlah jangkitan tertinggi dengan 6,259 kes.

Bagaimanapun, dari segi angka kematian, Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi di rantau ini dan kemudiannya diikuti Filipina dengan 409 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here