Ingkar PKP, PDRM tahan 1,095 individu

0
94

CYBERJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan sebanyak 1,095 individu yang ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 815 individu dikompaun, 242 orang direman dan 38 lagi diikat jamin.

“Jumlah berkenaan menunjukkan berlaku pertambahan jumlah tangkapan, situasi itu menunjukkan PDRM bertindak tegas dan tidak berkompromi lagi.

“Mereka yang ingkar akan diambil tindakan sewajarnya. Peratusan tahap kepatuhan juga masih tidak banyak berubah masih kekal di tahap 97 peratus.

“Semalam PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia mengadakan 779 sekatan jalan raya diseluruh negara dan memeriksa 490,249 kenderaan.

“Pihak berkuasa juga semalam melakukan 47,900 pemeriksaan mengejut termasukd i 5,028 premis seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, susulan sambungan PKP fasa ketiga, PDRM mengambil ketetapan untuk bertindak lebih tegas terhadap individu yang masih degil dan ingkar.

“Mereka yang ingkar akan ditangkap dan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua penjara tidak lebih lima tahun, denda atau kedua-duanya,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here