Intai peluang perniagaan berpotensi pasca Covid-19

0
138

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pejuang ekonomi Islam, Mohd. Fadzil Hashim berpendapat sejak penularan Covid-19 kira-kira 20 hingga 30 perniagaan serentak boleh dilakukan tanpa menggugat perniagaan utama.

Menurutnya, pelbagai bentuk perniagaan bakal ‘meletup’ mampu memberi impak lebih positif sebaik sahaja penularan wabak Covid-19 berakhir.

“Pertama, fikiran perlu dalam keadaan baik untuk mempelbagaikan pendapatan. Apabila fikiran dah betul selain yakin dengan Allah baharulah boleh mempelbagaikan perniagaan.

“Kita juga hendaklah memastikan dalam perniagaan yang kita miliki itu sekurang-kurangnya mempunyai satu atau dua perniagaan dalam kelompok ‘recession proof bisnes’ di mana perniagaan melibatkan bekalan makanan asas dalam rangkaian perniagaan ekonomi,” katanya dalam satu perkongsian media sosial bertajuk Minda dan strategi: Usahawan semasa dan Pasca Covid-19 bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ireal Academy, Erman Taib.

Mohd. Fadzil berkata, jika seseorang peniaga tidak berada dalam kelompok itu (recession proof bisness) maka dia berada di dalam risiko yang sangat tinggi (bahaya) untuk terkeluar daripada permainan perniagaan ini.

Jelasnya, berkemungkinan besar boleh mengakibatkan berlakunya muflis dan sebagainya.

“Jadi, jangan fikir perlu ada modal besar.
Terdapat 20 jenis perniagaan dijangka berpotensi besar dan membawa pulangan lumayan untuk direbut golongan itu pada pasca Covid-19.

“Antara jenis perniagaan itu termasuklah perkhidmatan sanitasi bangunan dan pejabat; bisnes peruncitan komuniti; perkhidmatan penghantaran; produk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan; industri pelancongan domestik; pembangunan laman sesawang! pengurusan tadika dan sebahagian besar sektor berasaskan sekuriti makanan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here