Islam jadi kuat ketika bangun dalam keadaan lemah

0
254

Susunan NORDEN MOHAMED

Intisari siaran langsung Facebook Coach Fadzil

Ngopi Bersama ESQ (Siri 2/3)
Tetamu: Coach Mohd. Fadzil Hashim
Penemubual: Tenaga pengajar ESQ 165, Pak Andi Muhamad Fajar dan Pengarah ESQ 165 Malaysia Pak Razib Abu Bakar

Pak Andi: Boleh Coach kongsikan sedikit perjuangan di sebalik Malakat Mall?

Coach Fadzil: Nilai pasaran peruncitan pada tahun 2019 ialah RM110 bilion. Daripada jumlah itu, 60 peratus peratus syer pasaran itu diberi kepada syarikat asing. Yang memberi syer ini ialah kita sendiri sebagai pelanggan kerana membeli daripada mereka di mall-mall, pasar raya-pasar raya dan juga secara online (dalam talian).

32 peratus pula adalah syer bukan Islam manakala hanya lapan peratus syer dimiliki peniaga Islam. Malakat Mall mempunyai pelan 10 tahun melalui Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM). Dalam tempoh itu, kita hendak ambil alih sekurang-kurangnya 30 peratus syer pemilikan syarikat asing.

Sasaran Malakat Mall

30 peratus ertinya RM30 bilion. Satu Malakat Mall mempunyai sasaran untuk mendidik 15,000 keluarga sebagai pemilik bersama Malakat Mall. Apabila mereka menjadi ahli KoPPIM, mereka juga akan memperoleh dividen daripada koperasi itu.

Apabila satu Malakat Mall memperoleh 15,000 keluarga yang mengubah tempat berbelanja mereka ke Malakat Mall dengan jumlah RM1,667 sebulan atau RM20,000 setahun; maka sebuah Malakat Mall memperoleh pendapatan kasar RM300 juta. RM300 juta yang didarabkan dengan 100 Malakat Mall mengikut rancangan 10 tahunnya, maka kita akan memperoleh pendapatan RM30 bilion.

Malakat Mall menyediakan ruang dan peluang kepada para usahawan untuk memiliki perniagaan yang sedia ada, perniagaan sendiri, melabur ataupun memiliki bersama sesebuah perniagaan dengan cara menjadi ahli koperasi.

Sistem Kapitalis vs Sistem Islam

Inilah pendekatan menjadikan pengguna sebagai pemilik ekonomi, bukan seperti sistem kapitalis yang terbukti gagal berkali-kali. Dalam sistem kapitalis, orang kaya amat terkesan kerana biasanya mereka juga berhutang.

mereka punyai wang RM1 bilion, hutangnya paling kurang RM10 bilion. Kalau mereka punyai RM10 bilion, hutangnya paling kurang ialah RM100 bilion. Sebab sistem ekonomi kapitalis menggunakan sistem leverage bank iaitu mengambil wang dari orang ramai untuk mengkayakan golongan satu peratus elit yang tidak memberi balik kekayaan yang mereka terima.

Sebab itu, inilah peluang terbaik untuk kita install sistem ekonomi Islam yang berasaskan tunai. Tidak ada lagi perniagaan dengan cara meminjam, sebaliknya melalui pelaburan. Inilah yang saya bentangkan dalam pertemuan dengan pihak kerajaan.

Kita tidak mahu lagi usahawan terpaksa meminjam melalui sistem riba. Tetapi kita mahu usahawan mendapatkan dana pelaburan.

Perancangan asal Malakat Mall ialah 10 tahun. Tetapi ia hanya sempat dibuka selama empat hari dan kita berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Alhamdulilah, dalam Malakat Mall, kita ada Raudhah Grocer yang masih dibenarkan beroperasi.

Alhamdulilah kita ambil peranan untuk mulakan bantuan kepada kumpulan B40 yang terkesan dengan PKP. Setakat ini kita dah berjaya membantu kepada lebih 5,000 keluarga melalui sedekah orang ramai.

Banyak pihak hendak membantu tetapi tidak dapat kerana PKP. Alhamdulilah kami mendapat kerjasama dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)  kerana kita dah mulakan program membantu pada hari pertama PKP lagi. Ketika orang lain tidak boleh membuka perniagaan, kita dapat menambah kedai pula.

Raudhah Grocer Express

Tidak lama lagi kami akan buka RGX iaitu Raudhah Grocer Express. RGX juga merupakan peluang kepada rakan-rakan usahawan yang mahu memulakan perniagaan yang memberi jawapan kepada The Big Why dan The Grand Why iaitu mewujudkan ekosistem ekonomi Islam.

Kalau kita tidak menguasai pembekalan makanan asas, kita menghadapi situasi pada hari ini. Food security kita lemah, asas ekonomi kita lemah dan bila berlaku kemelesetan ekonomi, kita terpisah dari sistem ekonomi kerana perniagaan kita tidak relevan dengan situasi yang berlaku.

Pak Razib: Coach kata kita patut jadi lebih baik apabila selesai PKP. Apa yang saya lihat, Allah anugerahkan kita PKP. Ia bukan menguji survival, tetapi bagaimana kita boleh menyumbang dalam keadaan sukar ini. Sehinggakan apabila kita keluar dari PKP, kita jadi orang yang berbeza.

Kita selalu bercakap tentang manusia transformational dan transactional. Manusia transactional hanya bercakap mengenai perubahan peribadi. Tetapi manusia tranformational akan mengubah dan tunjuk belang dalam susana yang mencabar.

Secara analoginya, jika kita diberi pedang katana dan kita gunakan ia di rumah sahaja untuk memotong sayur atau ikan, ia tidak mencabar. Dalam susaana yang mencabar inilah pemimpin yang sebenar akan terlihat.

Pak Andi: Apa yang Coach perkatakan telah Coach tunjukkan. Seperti di Cyberjaya, terdapat sebuah kampus Brainy Bunch yang tersergam. Malakat Mall pun sudah berjalan. Boleh Coach kongsikan macam mana para usahawan yang baru memulakan perniagaan seperti Coach lalui dahulu dan membina hingga berjaya.

Coach Fadzil: Kita kena bergerak secara berjemaah, bukannya sendirian. Apa yang kami lakukan, kami cuba membina platform untuk kita bergerak bersama. Inilah masa untuk bersatu. Bukannya hendak fikir seorang-seorang, memasarkan perniagaan seorang-seorang dan menjual di pasar seorang-seorang.

Bagaimana Muhammad SAW Bina Ekonomi Islam 

Kita kena ingat ibrah apa yang Nabi Muhammad SAW lakukan. Formulanya mudah sahaja. Apabila Nabi berhijrah ke Madinah, mengapa baginda tidak berlawan berniaga di pasar Yahudi sedangkan terdapat para peniaga yang hebat dalam kalangan para sahabat seperti Umar, Uthman dan Abdul Rahman bin Auf.

Sebabnya, apabila mereka berlawan di pasar Yahudi, mereka terpaksa mengikut undang-undang dan peraturan Yahudi. Mereka akan berniaga di tempat di mana pasarannya, pengadilnya dan hakimnya juga dari puak Yahudi.

Bila kita di berlawan di padang mereka, kita lari daripada agama kita dan hilang keberkatan. Inilah yang cuba kita lakukan melalui platform Malakat Mall, Hayib.com sebagai platform dalam talian, melalui Muslim DC untuk mengumpul pengilang-pengilang untuk transaksi Bisnes to Bisnes (B2B).

Inilah inisiatif yang kami lakukan. Bukannya untuk mengkayakan diri. Sebaliknya apa yang saya ada akan digunakan untuk manfaat dan kepentingan semua. Sebab itu saya mengajak semua para usahawan agar bersatu dalam KoPPIM.

Membina Rangkaian Di Indonesia

Kami juga turut mengadakan perbincangan strategik dengan teman-teman di Indonesia. Kita hendak bawa konsep yang sama melalui Koperasi Pengguna Islam atau KOPII. Sama ada perusahaan itu kecil atau besar tidak menjadi masalah.

Kita kena ingat, Islam menjadi kuat ketika ia bangun dalam keadaan lemah. Islam tidak kaya secara tiba-tiba. Apabila para sahabat meninggalkan Mekah, terdapat dalam kalangan mereka yang kaya raya. Tetapi mereka berhijrah sehelai sepinggang.

Sasaran Pasaran Naik Dari 30 Peratus ke 50 Peratus

Pasaran ketika itu sama seperti sekarang iaitu dikuasai oleh bukan Islam. Masalah kita ialah, kita tak mahu buat mengikut cara nabi iaitu membuat pasar sendiri. Kononnya pasar sendiri tak cun. I nak pilih pasar dekat KLCC, you dekat mana?’

Ini masalah pemikiran. Orang yang tinggal di angkasa akan terus tinggal di angkasa kerana dana mereka lebih banyak. Biarlah kita mulakan gerakan massa atau gerakan rakyat untuk ekonomi, bukannya politik.

Untuk tempoh Covid-19 ini kalau kita tak faham lagi yang Allah seolah-olah dah bagi kad kuning, tak guna kalau kita tunggu kad merah bilamana Dajjal sudah turun. Pada ketika itu semua sudah terlambat.

Di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, saya membentangkan kertas kerja menyediakan 100,000 peluang kepada usahawan baharu dan sejuta pekerjaan yang baharu dalam bidang food security sahaja. Ia mencakupi rantaian dari ladang hingga ke kedai runcit.

Grocer Express adalah set-up yang paling cepat. Jika asalnya kami merancang pelan 10 tahun, dengan bantuan pihak kementerian, tempohnya dapat dipendekkan ke lima tahun, Insya-Allah. Sasaran asalnya 30 peratus terus dinaikkan ke 50 peratus!

Mengapa Tiada Yang Buat Biskut Marie? 

Para usahawan tidak perlu bimbang mengenai bidang pemakanan yang ingin diceburi. Kita sudah buat set-up seperti ternakan ayam atau rangkaian membekal ikan. Usahawan hanya mengambil dan meneruskan apa yang telah beroperasi.

Untuk perniagaan kecil yang beroperasi di rumah, seperti membuat biskut Marie. Kita ada banyak cookies atau kuih bangkit tetapi tiada biskut. Kita ada makanan tahunan, bukannya makanan harian. Walaupun ada juga syarikat seperti Saji yang membuat biskut, itu adalah syarikat besar dan bukannya perusahaan kecil.

Kita akan beri usahawan kecil kontrak, bahan mentah untuk diusahakan dan produknya akan kami beli untuk rangkaian Raudhah Grocer di seluruh negara. Para usahawan harus lihat peluang iaitu 20 peluang perniagaan yang akan meletup selepas Covid-19. Masing-masing boleh mulakan sendiri. Jika tidak mampu, boleh sertai kami bila kami mulakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here