Keistimewaan ibadah puasa – Muhyiddin

0
139

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin berkata, ibadah puasa adalah satu ibadah istimewa dan tiada sesiapapun mengetahui sebenarnya umat Islam sedang beribadat kepada Allah.

Perdana Menteri berkata, tidak seperti ibadat lain yang boleh dilihat dengan nyata dari segi perbuatan, ibadat puasa tidak boleh dilihat. 

“Kita sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa kita. 

“Hanya diri kita dan Allah sahaja mengetahui yang kita sebenarnya sedang berpuasa. Kita berpuasa kerana kita bertakwa kepada Allah, bukan untuk menunjuk kepada sesiapa,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas sebentar tadi.

Muhyiddin menambah, bulan Ramadan juga adalah satu bulan yang mulia bagi umat Islam kerana di awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan dari azab neraka. 

“Kerana itu, umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan penuh pengharapan untuk melalui satu perjalanan kerohanian yang amat bermakna. 

“Selain berpuasa, kita memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kita membaca al-Quran, mendirikan solat terawih, qiyamullail, bersedekah kepada fakir miskin dan melakukan amal kebajikan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mempereratkan hubungan sesama manusia,” ujar beliau. 

Dengan kata lain, beliau berkata, Ramadan adalah satu bulan di mana umat Islam berjihad melawan hawa nafsu, menyucikan jiwa dan mengharapkan keredaan Allah dan pada penghujungnya bebas daripada dosa serta meraikan kemenangan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here