Istimewanya Ramadan tahun ini..

0
62

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

Setiap apa yang berlaku, pasti terselit hikmah yang mungkin kita sendiri tidak terfikir kebaikan yang akan dinikmati selepas sesuatu musibah itu berlaku.

Perkara ini kita boleh kaitkan dengan situasi negara ini bahkan seluruh dunia yang sedang berperang mendepani Covid-19.

Alhamdulillah, InsyaAllah esok seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan yang sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan agar sambutan Ramadan tahun ini diraikan di rumah bersama keluarga masing-masing tanpa ada aktiviti kunjung mengunjung.

Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengelakkan kita dijangkiti Covid-19 sekaligus memutuskan rantaian pandemik itu.

Bagi penulis, inilah sebenarnya kemanisan yang Covid-19 tinggalkan untuk kita!

Penulis yakin, inilah satu-satunya peluang untuk semua umat Islam menggunakan masa yang ada di sepanjang Ramadan untuk bersama keluarga.

Bayangkan, selama lebih kurang seminggu di bulan Ramadan, kita semua boleh memanfaatkan hari-hari yang ada bersama keluarga!

Itupun jika PKP tidak akan diteruskan pada fasa seterusnya, kalau disambung maknanya lebih panjang masa yang ada.

Mungkin pada tahun-tahun sebelum ini, ada di kalangan kita terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tidak berkesempatan berbuka bersama keluarga atau tidak sempat untuk menunaikan solat tarawikh.

Jadi inilah masa untuk kita manfaatkan sehabis baik untuk bersama keluarga tercinta.

Boleh beribadah bersama, sediakan juadah berbuka bersama dan amalan-amalan lain sempena Ramadan, Alhamdulillah!

InsyaAllah, jika rakyat Malaysia terus kekal istiqamah dalam peperangan ini, si degil Covid-19 akan terhapus jua akhirnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here