Isu vaksin perlu kerjasama bersepadu semua negara

0
90
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengakui isu vaksin memang dibincangkan bersama oleh semua pihak.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini kerjasama bersepadu amat penting bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain.

“Contohnya di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa pertubuhan lain.

“Mereka telah menjalankan penyelidikan dan kita harap kumpulan ini menjalankan penyelidikan terbaik supaya dapat mengenal pasti vaksin yang mujarab untuk pesakit kita dalam tempoh setahun,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Beliau berkata, aktiviti-aktiviti penyelidikan itu masih  diteruskan.

Jelasnya lagi, kumpulan penyelidik negara ini juga sedang mencari bagaimana cara menghasilkan vaksin dengan cara lebih berkesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here