‘Itu bukan bakul makanan dari JKM’

0
114

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – “Sebenarnya isu dibangkitkan adalah jumlah yang tidak mencukupi kononnya kos satu bakul adalah RM100 tapi dilaporkan hanya RM35 sahaja.”

Itu penjelasan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai dakwaan ahli parlimen pembangkang bahawa bantuan bakul makanan yang tidak mencukupi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menyatakan pusat-pusat pengumpulan makanan oleh JKM turut menerima bantuan makanan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

“Kita tidak menetapkan kepada NGO untuk memberikan sumbangan dari segi jumlah kos, mereka boleh beri RM30 atau RM70 terserah kepada NGO berkaitan.

“Jadi kita dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat bahawa itu bukanlah bakul daripada JKM,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here