Jakim nafi edar sebarang dokumen panduan sambut Aidilfitri

0
786

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pihaknya mengedarkan dokumen
menetapkan garis panduan bagi sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi perkongsian dalam akaun rasmi Facebook Jakim memberitahu sebarang makluman yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi Jakim adalah dianggap tidak sah.

Kenyataan itu merujuk kepada kenyataan berkaitan garis panduan yang dikeluarkan merangkumi kaedah solat sunat Aidilfitri, takbir hari raya, rumah terbuka, ziarah raya dan ziarah kubur yang kebiasaannya menjadi amalan ketika Syawal.

Terdahulu dokumen itu tular kononnya dari pihak Jakim mengenai garis panduan yang sebagai memberi penerangan kepada masyarakat khususnya umat Islam mengenai kaedah sambutan Aidilfitri.

Antara isi kandungan yang tertera.

Antara kandungan yang tertera dalam dokumen tersebut termasuklah solat sunat Aidilfitri di rumah boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah namun ahli keluarga yang dikuarantin tidak dibenarkan turut serta.

“Selain itu, pesakit dan petugas di hospital juga dibenarkan melakukannya tetapi perlu mengikut peraturan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Takbir raya pula digalakkan di rumah manakala hanya rakaman suara imam, bilal dan siak dibenarkan di masjid atau surau,” merujuk dokumen yang didakwa tidak sah oleh pihak Jakim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here