Jangan ambil tindakan anggota polis rotan remaja langgar PKP – Aminuddin

0
156

CYBERJAYA –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menilai semula mengambil tindakan terhadap anggota polis yang merotan enam remaja kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kunak, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya kesal jika tindakan diambil kerana pegawai itu bertindak dengan tepat dan mengikut lunas undang-undang.

Beliau menambah, undang-undang membenarkan tindakan kekerasan diambil terhadap mereka yang ingkar dengan kekerasan yang munasabah. 

“Tindakan polis berkenaan tidak mendatangkan kecederaan kepada pelaku ingkar tersebut dan masih di dalam lingkungan kebenaran undang undang.

“Tindakan anggota polis yang merotan pesalah PKP tersebut juga disokong oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengulas perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aminuddin, keadaan getir di mana penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan dan pihak kerajaan sudah memberikan amaran yang keras berulang-ulang kali mewajarkan lagi tindakan tegas sebegini. 

Sebelum ini sebuah video tular dalam media sosial mengenai tindakan seorang anggota polis merotan enam remaja terbabit di Kunak, Kota Kinabalu kerana tidak mematuhi arahan PKP. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here