Jangan beli lagi tiket penerbangan – Ismail Sabri

0
131

CYBERJAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menempah lagi tiket penerbangan ke mana-mana lokasi selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak Covid-19 masih belum tamat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun PKP ditamatkan, pihaknya akan menguatkuasakan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang menghadkan pergerakan ke beberapa lokasi.

“Walaupun ada syarikat penerbangan yang sudah menjual tiket tapi dari segi operasi akan ditentukan kerajaan.

“Kalau PKP tamat pun masih ada SOP tertentu yang kita akan kuatkuasakan. Katakan kalau PKP tamat 28 April ini, ia bukan bermakna esok terus boleh bebas. Ada SOP tertentu akan diperkenal oleh kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sangat bertegas mengenai isu tersebut dan tidak akan benarkan perjalanan dibuat jika keadaan masih belum pulih.

Sementara itu, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak terlalu yakin dengan penurunan kes positif Covid-19 yang dilaporkan sehingga melanggar arahan PKP.

Beliau berkata, jika rakyat secara berterusan melanggar PKP, dibimbangi kes Covid-19 bertambah sehingga menyebabkan PKP tidak dapat ditamatkan lebih awal.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here