Jangan berdegil, patuhi PKP – Ismail Sabri

0
165
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus-menerus membuat tangkapan ke atas mana-mana individu yang ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah masuk fasa ketiga.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi PKP kerana dilihat semakin ramai yang keluar rumah seolah-olah sudah tamat tempoh PKP.

Katanya, ini juga dilihat dengan hasil tangkapan ke atas individu ingkar PKP, semalam di seluruh negara yang mencecah 1174 orang.

Menurutnya, bilangan itu bertambah berbanding kelmarin yang mencatatkan 1,111 individu ingkar arahan PKP.

“Daripada jumlah itu juga, 1,012 orang direman manakala 162 individu diberikan jaminan pihak polis dan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP adalah seramai 15,924 orang sehingga semalam.

“Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada orang ramai bahawa PKP berjalan seperti biasa tanpa sebarang kelonggaran dan pihak polis akan teruskan tindakan tegas kepada individu yang masih berdegil,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar, di sini.

Ismail Sabri berkata, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 820 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 369,106 kenderaan, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagii warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan ditahan kerana ingkar PKP, mereka akan dikenakan tindakan sama iaitu ditahan, reman dan dihadapkan makahkamah.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah akan ditahan dan dihantar ke depot Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here