Jangan bergantung satu pendapatan sahaja

0
145

RAUDHAH CITY – Dalam soal kewangan, kesilapan orang ramai ialah menganggap perkara paling penting ialah mempunyai pendapatan yang besar.

Pembimbing kewangan dan perniagaan, Mohd. Fadzil Hashim berkata, sebenarnya pendapatan yang besar belum tentu boleh menjamin kewangan mereka.

Beliau juga turut menyenaraikan beberapa perkara yang belum menentu menjamin kewangan seseorang individu itu.

Antaranya,  tidak terjebak dalam belenggu hutang, dapat bercuti secara konsisten setiap tahun, sedekah secara konsisten kepada orang memerlukan, memberi duit kepada ibu bapa secara konsisten dan mampu membeli rumah.

“Kebanyakan orang yang datang coaching (bimbingan) dengan saya mempunyai masalah diatas. Walaupun mereka bekerja sebagai pegawai bank.

“Perkara yang ramai orang terlepas pandang ialah bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik,” katanya dalam hantaran akaun rasmi Facebook miliknya hari ini.

Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil menambah, sistem pengurusan yang baik bermakna individu itu tahu berapa pendapatan dan mengetahui bagaimana aliran tunai setiap bulan.

Disamping itu, kata beliau, mereka perlu mempunyai pelbagai pendapatan kerana zaman sekarang tidak boleh bergantung kepada satu pendapatan sahaja.

“Cara paling mudah ialah membuat pelaburan yang boleh menjanjikan pulangan tinggi. 

“Ingat, dalam soal kewangan proses pengurusan kewangan adalah lebih penting berbanding mempunyai pendapatan yang besar,” jelasnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here