‘Jangan berhenti Ustaz Ebit, teruskan kerja amal’

0
102

CYBERJAYA – Keputusan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang terpaksa berhenti mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan ternyata menyentuh hati ratusan ribuan pengikutnya mahu beliau meneruskan kerja amal itu.

Hantaran yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Facebook beliau sejak petang semalam mendapat lebih 423,000 tanda suka dan 63,000 berkongsi keputusan Ustaz Ebit itu.

Pengikutnya bukan sahaja terdiri dalam kalangan Muslim, malah ada bukan Muslim dan segelintir artis tanah air terus memberi sokongan kepada Ustaz Ebit supaya meneruskan kerja amal tersebut. 

Seorang pengikutnya dikenali Norsufia Johari berkata, dia sayu membaca hantaran pendakwah bebas itu walaupun bukan dia bukan memberi wang ringgit kepada orang ramai tetapi memahami perasaan Ustaz Ebit.

“Ya Allah sayu sungguh baca status Ustaz ini. Saya walaupun bukan memberi orang dari segi wang ringgit, saya faham perasaan ustaz. Kita kalau buat baik memang orang akan jadikan kita sebagai musuh.

“Kenapakah mereka tak puas hati. Kalau tak mampu buat macam orang lain buat, jangan dengki. Doakan supaya dia pun boleh bantu orang dan bagi manfaat kat orang lain.

“Tak fahamlah kadang-kadang sesama kawan pun. Satu bidang ja pun. Sebenarnya dia yang tak ikhlas. Apa-apa pun kami sayang ustaz,” katanya.

Semalam, Ustaz Ebit memuat naik hantaran bahawa dia terpaksa berhenti memberi khidmat kepada golongan memerlukan selepas dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi penjelasan kerja amal yang dilakukannya.

Seorang artis yang dikenali sebagai Wak Doyok turut memberi kata-kata semangat kepada Ustaz Ebit.

“Insya-Allah, Allah bersama dengan orang-orang yang benar,” katanya.

Bagi seorang pengikut Facebook Ustaz Ebit yang bukan Muslim, Leong Wei Luen dia memuji kerja amal pendakwah bebas itu yang mengubah kehidupan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Kita semua dapat melihat kebaikan dan sikap Ustaz Ebit tidak mementingkan diri. Tidak ada yang dapat kami lakukan selain memberi kata-kata sokongan kepada ustaz. Terima kasih Ustaz Ebit Lew,” katanya yang mendapat lebih 940 tanda suka komen yang dimuat naik dalam hantaran Facebook Ustaz Ebit itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here